AKTIVITI:
1/12/2019

- 6:00 PM: Menaiki ferri ke langkawi
- 8:00 PM: Cek in hotel yang telah di booking
- 9:00 PM: bersiar siar tempat tempat yang menarik di pulau langkawi sementara menuggu hari esok
- 10:00 PM:balik ke hotel untuk berehat
Menangkap gambar di dataran helang
2/12/2019
- 7:00-9.00 AM: Sarapan pagi
- 9:30 AM: Bertolak ke beras basah
- 10:15-11.00 AM: Sesi bergambar
- 11:30-2:00 PM: makan tengah hari
- 2:30-6:00 PM: bermandi manda
- 8:00-10:00PM: BBQ
- 10:00 PM: balik hotel untuk berehat dan aktiviti esok Menginap di hotel
Salah satu tempat untuk melawat iaitu Cable car.
3/12/2019
- 7:00-9.00 AM: sarapan pagi
- 9:30 AM: bertolak ke cable car
- 10:15-11.00 AM: menaiki cable car dan ronda-ronda dikawasan langkawi
- 11:30-2:00 PM: makan tenggahhari
- 2:30-6:00 PM: bertolak balik
- Gua Kelawar
Gua Kelawar terletak di Sungai Kilim dan berhampiran dengan Jeti Kilim. Gua ini menempatkan lebih daripada 1000 ekor kelawar yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti Kelawar Serangga dan Kelawar Bunga. Harga masuk ke dalam gua ini ialah RM 1.00.

2. Eagle Feeding
Anda akan dibawa ke kawasan di mana burung helang berterbangan di situ. Memang banyak burung helang yang ada, kebanyakkannya adalah jenis helang perang. Terdapat juga helang laut yang berwarna kelabu.

3. Gua Buaya
Nama gua buaya tetapi tiada buaya disini. Anda boleh memberi ikan makan. Anda dapat melihat ikan-ikan melompat untuk mendapatkan makanan.

Makanan Yang Terbaik Di Pulau Langkawi
Restoran Wan Thai

Restoran Wan Thai adalah sebuah restoran yang cukup luas, mampu memuatkan sehingga 300 orang pelanggan. Dengan saiz seluas ini, tak mustahil kalau dikatakan pihak restoran mengambil langkah ini kerana mereka sendiri yakin dengan kualiti hidangan yang disediakan.
Seperti namanya, restoran ini menghidangkan masakan Thai dengan keenakan yang sukar ditandingi restoran lain. Dalam banyak-banyak hidangan yang ada, menu yang menjadi kegilaan orang ramai adalah pulut mangga dan juga pulut duriannya. Selain ini semua, turut patut dicuba adalah otak-otak, udang Wan Thai, tom yam, lompang dan banyak lagi!
My French Factory

Salah satu hidangan yang tidak akan mengecewakan anda adalah salty crepe dengan telur, cheese dan ayam bakar. Gabungan telur dan cheese bersama ayam bakar ini menghasilkan rasa yang sungguh menyelerakan! Atau rasa yang bak kata orang Perancis “Superbe!”
Hidangan lain yang terdapat di sini adalah waffle yang rangup dengan ais krim kelapa, crepe dengan nutella + ais krim vanilla dan banyak lagi. Boleh kecur air liur mendengarnya.
No comments:
Post a Comment